COVID-19 -IZZAT
Bismillah
18 mac 2020, disebabkan jumlah kes Covid19 yang meningkat sangat luar biasa. Kerajaan Malaysia mengumumkan (PKP), semua orang tidak boleh keluar rumah..
Pengalaman sepanjang PKP ni sudah tentu ramai yang tertekan terutama orang yang bukan kerja kerajaan.
Awal2 PKP saya pada mulanya tidak tertekan sangat. Malah menikmati masa, di rumah berehat sambil layan movie. Masuk hari ke5 dan hari2 seterusnya mula rasa stress, nak keluar tak boleh, nak kerja tak boleh. Nak layan movie 24 jam? itu bukan bidang saya.
Genap 10-12 hari ingat pkp dah habis, sekali diumumkan tambahan lagi 2 minggu. Kalau kaki movie boleh juga menikmati drama2 berepisod.
Habis ikhtiar dah nak lepas stress, sampai buat content di youtube, sikit lagi nak jadi youtuber terkenal mcm syahmi syazli😂.
Saya ada terbaca di online orang buat grab food/food panda boleh bergerak bebas dalam zon dengan kebenaran dari pihak polis. Terus terfikir "nah, ni la masanya nak keluar " Terus apply foodpanda. Alhamdulillah tak sampai 3 hari dapat msg dari food panda untuk ambil baju/beg boleh terus bekerja.
Hari pertama keje foodpanda Wowww. Seronok, kena pula pakai motor yang baru beli tak sampai sebulan sebelum pkp dilaksanakan.
beg food panda bersama kijang merah |
Masyuk la juga buat FP ni. Seingatlah masa PKP hari tu keje dalam 3-5 jam sehari boleh dapat dalam rm50-80. Kalau cust cancel oder makanan tu jadi milik rider. Cancel oder Yang paling banyak pernah saya dapat MCD berharga rm120+..
Tapi dah lama lah saya tinggal Food panda . Ingat nak buat comeback untuk foodpanda, memandangkan Sabah dah kena lockdown balik skrg. Trip cust bulan oktober yang sudah book pun semua cancel. Food panda je lah alternatif lain. .
Antara Customer Pokteh Travel |
Tak terjejas apeke bendenye. Perlanconganlah paling terjejas. Orang dah tak boleh masuk Sabah, semua pintu masuk ditutup. Bayangkan tiada income dari mac-julai. 5 Bulan guyss.
Saya cuma bernasib baik kerana tiada komitmen company seperti loan bas, van dan gaji staf yang perlu dibayar secara tetap setiap bulan. Kalau tidak, lagi sakit kepala saya. Ore kelate oyak, "jeng paloo mikirr gu"
Tidak pernah terjangkau dek fikiran, bisnes perlancongan ni akan terkesan dalam apa apa situasi kejatuhan ekonomi, melainkan negara dalam situasi perang. Sebab tu saya tidak bersungguh sangat nak kerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Bila dah nampak pekerjaan skrg dah boleh menjamin, apa salahnya teruskan sampai habis.
Paling sikit keuntungan bersih dalam 1 trip selepas bayar driver dan keperluan2 lain saya boleh dapat RM500-RM1k (tanpa saya perlu turun padang). Keuntungan bersih paling besar yang pernah saya dapat adalah RM5-6k/Trip (company/ipta trip).
Pendapatan yang agak lumayan..
Sebab tu amat rugi kepada anak2 muda sabah yg duduk dan membesar di sabah, tapi tidak terlibat secara aktif dalam sektor perlancongan. Pelancongan di negeri sabah ni antara tempat paling tinggi jumlah kedatangan pelancong. Juga menjadi lubuk buat duit untuk sesiapa yg ada travel agensi.
Perlancongan sabah masih lagi dikuasai oleh tokey tokey besar cina, kalau anak bumiputera sabah tidak ceburi bidang ni selamanya cina cina ni kuasai. Bukan nak racist tapi kalau boleh, di tanah kita biarlah anak bangsa kita yang kuasai.
Suka saya konsikan sektor perlancongan di Indonesia, disana banyak orang tempatan dan orang muda yang menguruskan agensi2 perlancongan. Tidak perlukan premis untuk permulaan. Hanya perlu ada fone, laptop, wifi, akaun media sosial dan konsisten marketingkan kita punya servis..
Bulan ogos dan awal bulan september ada beberapa trip dan semakin bertambah untuk Oktober. Nampak sinar di dalam kegelapan. Macam ada harapan matahari terang kembali. Namun siapa tahu perancangan Allah. Baru je mahu bernafas kembali, sekali lagi sektor perlancong kena heart attack. Covid19 datang balik menyerang dan kerajaan negeri terpaksa tutup pintu kemasukan ke Sabah.
Sekitar April 2020 saya ada buka spa8 (porta mohon kerja kerajaan). Saya isi dan kemas kini segala maklumat diri dan akademik. Beberapa bulan kemudian ada dapat panggilan untuk menduduki exam online. Tapi semua tak lepas. Tak dapat pi stage sterusnya untuk PAC dan IV.Tapi takpa, usaha lagi,
Saya bercadang jual air jagung online. Tapi masih di peringkat kaji selidik, pasaran dan permintaan sekitar kota kinabalu.
26 Tahun 10 Hari
Secara keseluruhan, ore bole faham apa yang dikarangkan. Terbaik 👍
BalasPadamKesalah ejaan dan ayat hanya ada pada beberapa tempat tapi itu tak menjadi masalah kerana perkongsian sangat jelas untuk difahami.
Cadangan kawe, teruskan food panda + Air jagung. Dan tolong jaga kesihatan. Semoga panjang umur murah rezeki Ameen
Terima kasih Adik Ameer yg kacak..
PadamSeronok baca perkongsian pengalaman di perantauan. Cepat atau lambat, inshaallah akan dibukakan jalan yang terbaik. Tetap semangat anak muda✊🏼
BalasPadamterima kaseh dalilah.. ;)
PadamMoga pokjak sentiasa tenang menghadapi ujian.
BalasPadamTerima kaseh ustaz Alfian Yg bijaksana
PadamPengusaha anggur ka sekarang? Power2
PadamPenganggur..😂
PadamOk. Best tulisan yg ni. Pada saya, air jagung dan air kelapa sangat menggugat iman semasa siang hari. Tapi memandangkan cuaca yang tidak menentu dia seluruh sabah sejak akhir2 ini, mungkin hg boleh buat sistem pembotolan yang lebih terancang. Supaya produk hg lebih tahan lama, dan senang diedarkan.
BalasPadamOr else, iklankan kemahiran hg, sebagai contoh kemahiran mengedit gambar dan video. Seperti mana kita, orang lain juga pasti memikirkan bisnes online untuk menampung kehidupan mereka pada masa gawat begini. So, hg boleh offer untuk buatkan poster atau iklan kepada peniaga2 baru, di samping mngasah lagi kemahiran dan pengalaman hg dlm bidang pengeditan.
Kot leerr
Mantul la..
PadamAir jagung tu memang dalam botol. Botol 330ml. Tapi itilah. nak start tu ygsusah.. haha
tq utk komen dan cdgan dik wawa...