GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMALAYSIA (GAMIS)
MUKTAMAR GAMIS SABAH
Bismillahirahmanirahim,
Poster Muktamar. |
Setelah hampir dua tahun memegang tanggungjawab besar sebagai Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS. Alhamdulillah hari ni bersamaan Ahad 4 mac 2018 berlansungnya Muktamar Gamis ataupun Mesyuarat Agong untuk mengantikan pimpinan GAMIS sabah yang lama kepada pimpinan yang baru..
Syukur kepada Allah swt kerana program berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang meyebabkan kami tidak jadi turun.(sebelum ni banyak kali dah muktamar terpaksa ditangguhkan disebabkan hal2 yg xdpt dielakkan, selama 3 bulan 3 kali ditangguh)
Ada orang tanya Jawatan apa PENGERUSI MAJLIS POLITIK NASIONA SABAH (MPN)ni? dan apa bidang tugasnya? dah nama politik mestilah ada kaitan dengan politikkan.
Okay aku beritahu lah serba sedikit bidang tugas MPN ni, sebenarnya MPN ni adalah satu jawatan yang memegang dan mencorakkan perjalanan politik di sesebuah negeri. Dah diberi amanah memegang MPN Sabah maka aku ni kononnya org yang bertanggung jawab mencorakkakn perjalanan politik sabah lah.
So antara tugas aku, setiap seminggu sekali aku kena berjumpa dengan ketua menteri sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman bagi membincangakan strategi dan pergerakan politik negeri sabah.Kalau politik Sabah tidak stabil aku bertanggungjawab sepenuhnya untuk memulihkan kembali.
Kebiasaanya kalau politik sabah mula tidak stabil aku akan dihantar ke UK untuk mendapatkan pandangan pakar strategi politik disana bg memudahkan aku selesaikan ketidakstabilan politik di sabah ni.Percayakah?.main2 jer tu..haha.ππ.
Okay, ni yang betul betul,secara ringkas dan mudah,sebenarnya MPN ni adalah satu taklifan yang bertanggung jawab memberi kesedaran politik kepada masyarakat sabah khususnya gerakan gerakan mahasiswa dan juga anak2 muda Sabah.
Selain kena sentiasa alert dengan isu2 semasa yang berlaku dalam dan luar negara MPN juga kebiasaanya menjadi orang tengah dalam meyampaikan dan mengulas ssebuah isu agar mudah difahami oleh rakyat marhaen.
Gambar ni diambil di page gamis,lupa dah siapa juru photonya |
Berat sebenarnya untuk mengemudi taklifan yang diberikan, terasa diri ni berdosa bila amanah itu tidak disempurnakan dengan baik. Semoga diampunkan segala kekurangan dan amanah yang tidak tercapai semasa menggalas jawatan ini. Sepanjang berada dalam sesi kepimpinan gamis, banyak mengajar pekara baru yang tidak pernah saya dapat dimana2, bergaduh berselisihan pendapat itu biasa tapi kematangan setiap pimpinan dalam bekerja dan menyuarakan pendapat menjadi sesuatu yg amat saya kagum dan sanjung tinggi. Kami memegang taklifan ini semasa masih bergelar mahasiswa, bila dah namanya mahasiswa mesti banyak komitmen lain dan pelajaran semestinya menjadi keutamaan, sudah tentu beban tekanan belajar dan mengurus organisasi menjadi sesuatu yang memrlukan motivasi yang tinggi dalam diri.
|
Pembentangan dan perbahasan usul macam biasalah memerlukan masa yang panjang, saya xnak coretkan sangat isi perbincangannya disini,xramai yang faham.(saya sendiri pening)π. Cumanya saya nak kongsikan tentang perasaaan saya selepas diumumkan kepimpinan gamis yang baru.
Sebaik sahaja diumumkan turunnya kepimpinnan lama, diri ni berasa sangat lega terlepas dari amanah yg berat , tp pada masa yang sama hati sebak pilu dan sedih . Apa yang meyebabkan perasaan ni hadir? sebab tiba tiba sahaja saya rasa akan kehilangan semua sahabat2 pimpinan GAMIS. Saya fikir masa tu tiada lagi satu platform untuk berkumpul bersama2, meeting,liqo, mengurus program, dan perjumpaan yang boleh megumpulkan kami bersama .. π’π’π’π’.
Sampaikan tadi berlegar2 di fikiran mahu buat sesuatu yang boleh mengikat kami supaya masing2 berkomitmen untuk terus hadir berkumpul bersama . Apapun, saya sangat beruntung dan gembira kerana menjadi salah sorang yang dipilih untuk bersama orang2 yang hebat dan sempoi.
Saya percaya anak2 muda inilah nanti yang akan terus membangunkan Malaysia sejahtera Negeri Sabah khasnya.
Dibawah ni ada gambar2 diorag semua supaya
ada kenangan nanti.
Syafiq Othman dan Siti Sofia .kalau ada sebarang permasalahan dan juga persolan berkaitan gamis Mereka berdua ni orang yang dirujuk . Kedua2nya, boleh dibawa bergurau dan mereka berdua ni juga orang yang berfikiran terbuka.Syafiq walau tak banyak cakap tapi kerja sentiasa jalan. Sofia pula walau nampak muka kencang macam mak jerung, tapi hatinya baik.
Ni pula syafiq Rahim, orangnya kacak bergaya, ada gaya2 daie bila berbicara,
sangat suka menolong orang,tanpa mengharapkan balasan.
korang jerit jer "tolong" terus ada di depan mata. macam wonderpets gitu..
Ini Namanya Noorjaimah Glory,orangnya sempoi,kdg selalu juga bikin sakit hati kalau bercakap dengannya,tapi kalau betul2 kenal dgnnya
sebenarnya dia baik. seronok bila berkawan dengannya.
Ada auranya tersendiri yang tiada dengan orang biasa2ππ
Ni namanya Salwati Baharuddin,orangnya sentiasa cool. panggil wawa je, senang disebut. Orangnya pun sangat baik hati,tidak lokek. antara salah orang pimpinan gamis
yang paling sporting dan senang dibawa main. orang kata kalau baru kenal sekalipun tak kekoklah kalau mahu bergaul dengan dia.
Ni Ubaidillah, yg ni kalau dengar cerita dongengnya boleh pecah perut.
X kering gusi kalau bercerita dgnnya.
Kelahiran terengganu tapi bakal berkhawin dengan orang sabahan.hihi
Ni pula Timbalan aku, panggil yunie jer, senang dibawa bincang,
tidak pernah kata tidak bila disuruh buat keje, orangnya xpandai marah,
senyum , senyum dan senyum jer keje dia.seorang yang banyak bertanya bila tidak tau, rendah diri dan yang Paling penting senang bekerja dengannya.
Ni su gamis, keja laju dan thorbaik.di group selalu jadi singa lapar bila minta setiap pengerusi majlis siapkan laporan . Walaupun kadang2 annoying jga dgnnya yg selalu marah2 digroup tp bila fikirkan balik,sebenarnya itulah tugasnya,memastikan setiap exco buat kerja, dia menjalankan tugas sbgai seorang SU yg baik. Tahniah adik beradik usroh.(naqib kami sama, Abg Ainul Lutfi Azman)
Ni Zamri, seorang yang rendah diri, tidak suka meyibuk hal orang dan bercakap
bila perlu sahaja. dari segi komitmen kerja 5 bintang saya bg. Calon ustaz pilihan ni, siapa2 mahu masuk pinang boleh la berhubung terus dengan org tuanya.ππ
Yg ni pula Rahmat, sifu saya dalam dunia bisnes. Orangnya kuat berfikir,,banyak sangat idea idea baru dan
tersangat laju kalau buat kerja/program,tidak terkejar oleh yg lain. Rahmat ni kalau nak buat sesuatu terus jadi, orang nak bantu ke xnak bantu dia xkisah. yg penting keje dia siap.
Gambar semasa meeting terakhir pesiapan Muktamar pertama yg sepatutnya 24/2 |
Ni pula gambar selepas kami bermuktamar td. |
Sesungguhnya saya akan merindukan kalian semua sahabat2 Pimpinan GAMIS. Syafiq Othman, zamri, syafiq rahim, ubai, Salwati, noorjaimah, siti sofia, yunie, shasha dan juga rahmat. Tidak terungkap dengan kata2 bertapa saya sayangkan kalian . ππ
Semoga ukhwah yang terbina tidak berhenti disini.
Terus dan terus menjadi sahabat yang terbaik sepanjang masa.ππ
Terus dan terus menjadi sahabat yang terbaik sepanjang masa.ππ
Kepada saff kepimpinan baru Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) Sabah sesi 2018/2019 sy mengucapkan Tahniah dan takziah atas pelantikan yang telah dibuat pada pagi tadi. Semoga anda semua dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin.
Sekian coretan ringkas malam ni.
-Syahrul Izzat Abd Latif-
Mantan Pengerusi Majlis Politik Nasional Sabah
Mantap la yb. Hihi. Boleh buat reunion ni.
BalasPadam