Catatan

COVID-19 -IZZAT

Imej
 Bismillah 18 mac 2020, disebabkan jumlah kes Covid19 yang meningkat sangat luar biasa. Kerajaan Malaysia mengumumkan  (PKP),  semua orang tidak boleh keluar rumah.. Pengalaman sepanjang PKP ni sudah tentu ramai yang tertekan terutama orang yang bukan kerja kerajaan. Awal2 PKP saya pada mulanya tidak tertekan sangat. Malah menikmati masa, di rumah berehat sambil layan movie. Masuk hari ke5 dan hari2 seterusnya mula rasa stress, nak keluar tak boleh, nak kerja tak boleh. Nak layan movie 24 jam? itu bukan bidang  saya. Genap 10-12 hari ingat pkp dah habis, sekali diumumkan tambahan lagi 2 minggu. Kalau kaki movie boleh juga menikmati drama2 berepisod.  Habis ikhtiar dah nak lepas stress, sampai buat content di youtube, sikit lagi nak jadi youtuber terkenal mcm syahmi syazli😂.  Saya ada terbaca di online orang buat grab food/food panda boleh bergerak bebas dalam zon dengan kebenaran dari pihak polis. Terus terfikir "nah, ni la masanya nak keluar " Terus apply...

UNIKNYA LOGHAT KELANTAN

Imej
UNIKNYA LOGHAT KELANTAN . Bahasa Kelantan memang unik. Orang Kelantan memang ada sangat banyak kata ganti nama diri sendiri.  Aku, kawe, ambo, kito, ore, sayo.  Itu antaranya. Penggunaan pula berbeza berdasarkan situasi, tempat dan dengan siapa dia berhadapan.  'Aku' hanya untuk kawan baik dan lama. Agak kasar guna aku/mung pada kawan yang baru kenal dan tak rapat sebenarnya. Orang luar selalu salah guna part ni. Baru kenal dah ber'aku'/mung. Sedikit biadab sebenarnya.  "Bangatlah nate. Aku lewat doh ning! Mung gak kalu bersiap kaloh pengantin. 4 je tok siak lagi. Nate apo la." Penggunaan 'nate' (binatang) pun hanya untuk yang rapat sahaja. Kau baru kenal nak bergurau cakap 'nate' memang boleh pecah muka. Haha.  'Kawe' biasanya untuk kawan baru jumpa atau ganti nama diri yang lebih sopan. Jika segan dan hormat dengan kawan tu, 'kawe' digunakan walau dah lama kenal.  Bila seseorang membahasaka...

Cara Jimat Beli TIKET AIRASIA

Imej
Semasa beli tiket AirAsia kita selalu kena caj yang agak tinggi bila menggunakan internet banking atau debit/credit kad . Disebabkan saya kerap ulang alik Sabah-Kelantan jadi kekerapan beli tiket tu tinggi. Kalau korang perasan caj dikenakan hampir RM 5.00 untuk setiap transaksi dalam negeri, kalau ke luar negeri pula kalau tak silap dalam RM24.00. Kalau 50 kali beli tiket kita dah buang hampir RM250.00 - RM1200.00. Saya teringat Mak Saudara pernah bangkitkan tentang kad BIGPAY dalam group besar keluarga. Jadi, saya pun mula google tentang bigpay. Apa faedah prepaid card bigpay ini. Saya dapati antara kelebihannya adalah 1. Tiada lagi caj perkhidmatan semasa beli tiket Airasia.malah mendapat diskaun lagi untuk tambahan makanan di dalam penerbangan 2. Jika membeli belah di luar negara, tiada cas tambahan yang dikenakan. Hanya betul-betul pertukaran mata wang saja. 3. Pengeluaran duit di ATM seluruh dunia pada kadar RM10.00 bagi setiap pengeluaran. Jika ada ahli keluar...

Penawar Jantung.

Imej
Gambar ni kalau  tak silap masa degree tahun 2.. Dalam satu program Tarbiyah yang sangat meninggalkan kesan positif. Kami diberi satu tugasan oleh ajk program untuk tangkap 20 ekor ikan dalam tempoh 4-5 jam... Tamat masa yg diberikan kami tidak    mencapai apa yg ajk mahu. Didenda selam kepala dalam air dan dimarah dengan suara teriakan yg kuat (bhasa kasarnya adlah maki).. Kami diberi pilihan tambah satu jam dan dapatkan 20ekor lagi atau berendam air sampai malam tanpa makan. Kami pilih utk tambah satu jam. Dan alhamdulillah disebabkan tekanan(denda)yg diterima kerja yg gagal kami lakukan dalam tempoh masa 5 jam,  berjaya dilakukan dalam 1jam sahaja.  Betullah org cakap, kita tidak akan maju kalau tidak ditekan, kita tidak akan serius kalau kita tidak tertekan. Jadi kena belajar untuk suka berkawan dgn "tekanan"  . Tekananlah yg akan menjadikan kita lebih matang, lebih kuat dan lebih berinovasi.. Syahrul Izzat Abd Latif Pen...

Tuan Guru Nik Aziz

Imej
Hari ni sempat ke Indah Permai tukar tayar. Tengah tengah borak dengan owner kedai tayar, anak owner kedai tegur . "PAS ke bang?.mungkin sebab nampak kain rentang di bahagian depan kereta.( panggil aku abg wlpun aku muda 6 tahun dari dia😂) yer bos, Parti PAS. Boleh saya pinjam kain PAS tak, mau bergambar sekejap. Okay ambillah. Tapi saya mahu ambil gambar kamu juga untuk saya tunjuk dengan kawan saya. " owner kedai ni berasal dari Pakistan (ayah kpd org dlm gambar), ada di Malaysia sejak tahun 1989. Selangor menjadi negeri pertama dia sampai. Selama hampir 25 tahun di selangor baru pindah Sabah. Sangat mengkagumi Tuan Guru Nik Aziz. Selalu dengar cerita tentang Tuan Guru dari kawan pakistannya yg lain. Menyebabkan pada tahun 1993 dia nekad ke Kelantan berjumpa dengan TG Nik Aziz dan sempat bermalam di rumah kayu usang Tuan Guru. Inilah Tuan Guru, auranya bukan shja setakat di kalangan org2 melayu, Malah seluruh dunia mengkagumi beliau. Mulia kita kerana Islam...

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMALAYSIA (GAMIS)

Imej
MUKTAMAR GAMIS SABAH Bismillahirahmanirahim,  Poster Muktamar.  Setelah hampir dua tahun  memegang tanggungjawab besar sebagai Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS. Alhamdulillah hari ni bersamaan Ahad 4 mac 2018 berlansungnya Muktamar Gamis ataupun Mesyuarat Agong untuk mengantikan pimpinan GAMIS sabah yang lama kepada pimpinan yang baru..  Syukur kepada Allah swt kerana program berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang meyebabkan kami tidak jadi turun.(sebelum ni banyak kali dah muktamar terpaksa ditangguhkan disebabkan hal2 yg xdpt dielakkan, selama 3 bulan 3 kali ditangguh) Ada orang tanya Jawatan apa PENGERUSI MAJLIS POLITIK NASIONA SABAH (MPN)ni? dan apa bidang tugasnya? dah nama politik mestilah ada kaitan dengan politikkan.  Okay aku beritahu lah serba sedikit bidang tugas MPN ni, sebenarnya MPN ni adalah satu jawatan yang memegang  dan mencorakkan perjalanan politik di sesebuah negeri. Dah diberi amanah memegang MPN Sabah ...

SENARAI 21 TEMPAT MENARIK DI SABAH

Imej
SENARAI 21 TEMPAT MENARIK DI SABAH ✔ Pasar Filipina - destinasi untuk membeli kraftangan atau cenderahati sepeti mutiara, keychain, aksesori wanita dan juga tempat untuk membeli makanan laut atau barangan produk kering seperti ikan masin, udang kering dan sebagainya. Waktu malam pula kawasan ini terkenal dengan makanan laut yang segar dan murah! ✔ Pantai Tg Aru – Hanya terletak sejauh 6 km dari pusat bandar raya Kota Kinabalu. Di sini anda akan dapat melihat keindahan sunset pada waktu senja dan melihat dengan jelas kapal terbang yang mendarat di Kota Kinabalu International Airport. ✔ Bukit Kokol atau Kokol Hill – Anda akan dapat melihat keindahan gunung Kinabalu dan panaroma sunset yang sangat best! Anda juga akan dapat melihat pemandangan bandar raya Kota Kinabalu dan pulau-pulau di sekitarnya. Memang best! ✔ Tambunan Raflesia Reserve – Nak tengok bunga yang terbesar di dunia? Jom ke sini. Perjalanan ke sini hanya mengambil masa sekitar 2-3 jam sahaja. Pasti berb...