Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

UNIKNYA LOGHAT KELANTAN

Imej
UNIKNYA LOGHAT KELANTAN . Bahasa Kelantan memang unik. Orang Kelantan memang ada sangat banyak kata ganti nama diri sendiri.  Aku, kawe, ambo, kito, ore, sayo.  Itu antaranya. Penggunaan pula berbeza berdasarkan situasi, tempat dan dengan siapa dia berhadapan.  'Aku' hanya untuk kawan baik dan lama. Agak kasar guna aku/mung pada kawan yang baru kenal dan tak rapat sebenarnya. Orang luar selalu salah guna part ni. Baru kenal dah ber'aku'/mung. Sedikit biadab sebenarnya.  "Bangatlah nate. Aku lewat doh ning! Mung gak kalu bersiap kaloh pengantin. 4 je tok siak lagi. Nate apo la." Penggunaan 'nate' (binatang) pun hanya untuk yang rapat sahaja. Kau baru kenal nak bergurau cakap 'nate' memang boleh pecah muka. Haha.  'Kawe' biasanya untuk kawan baru jumpa atau ganti nama diri yang lebih sopan. Jika segan dan hormat dengan kawan tu, 'kawe' digunakan walau dah lama kenal.  Bila seseorang membahasaka...