Cara Jimat Beli TIKET AIRASIA
Semasa beli tiket AirAsia kita selalu kena caj yang agak tinggi bila menggunakan internet banking atau debit/credit kad . Disebabkan saya kerap ulang alik Sabah-Kelantan jadi kekerapan beli tiket tu tinggi. Kalau korang perasan caj dikenakan hampir RM 5.00 untuk setiap transaksi dalam negeri, kalau ke luar negeri pula kalau tak silap dalam RM24.00. Kalau 50 kali beli tiket kita dah buang hampir RM250.00 - RM1200.00. Saya teringat Mak Saudara pernah bangkitkan tentang kad BIGPAY dalam group besar keluarga. Jadi, saya pun mula google tentang bigpay. Apa faedah prepaid card bigpay ini. Saya dapati antara kelebihannya adalah 1. Tiada lagi caj perkhidmatan semasa beli tiket Airasia.malah mendapat diskaun lagi untuk tambahan makanan di dalam penerbangan 2. Jika membeli belah di luar negara, tiada cas tambahan yang dikenakan. Hanya betul-betul pertukaran mata wang saja. 3. Pengeluaran duit di ATM seluruh dunia pada kadar RM10.00 bagi setiap pengeluaran. Jika ada ahli keluar...