Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

UNIKNYA LOGHAT KELANTAN

Imej
UNIKNYA LOGHAT KELANTAN . Bahasa Kelantan memang unik. Orang Kelantan memang ada sangat banyak kata ganti nama diri sendiri.  Aku, kawe, ambo, kito, ore, sayo.  Itu antaranya. Penggunaan pula berbeza berdasarkan situasi, tempat dan dengan siapa dia berhadapan.  'Aku' hanya untuk kawan baik dan lama. Agak kasar guna aku/mung pada kawan yang baru kenal dan tak rapat sebenarnya. Orang luar selalu salah guna part ni. Baru kenal dah ber'aku'/mung. Sedikit biadab sebenarnya.  "Bangatlah nate. Aku lewat doh ning! Mung gak kalu bersiap kaloh pengantin. 4 je tok siak lagi. Nate apo la." Penggunaan 'nate' (binatang) pun hanya untuk yang rapat sahaja. Kau baru kenal nak bergurau cakap 'nate' memang boleh pecah muka. Haha.  'Kawe' biasanya untuk kawan baru jumpa atau ganti nama diri yang lebih sopan. Jika segan dan hormat dengan kawan tu, 'kawe' digunakan walau dah lama kenal.  Bila seseorang membahasaka...

Cara Jimat Beli TIKET AIRASIA

Imej
Semasa beli tiket AirAsia kita selalu kena caj yang agak tinggi bila menggunakan internet banking atau debit/credit kad . Disebabkan saya kerap ulang alik Sabah-Kelantan jadi kekerapan beli tiket tu tinggi. Kalau korang perasan caj dikenakan hampir RM 5.00 untuk setiap transaksi dalam negeri, kalau ke luar negeri pula kalau tak silap dalam RM24.00. Kalau 50 kali beli tiket kita dah buang hampir RM250.00 - RM1200.00. Saya teringat Mak Saudara pernah bangkitkan tentang kad BIGPAY dalam group besar keluarga. Jadi, saya pun mula google tentang bigpay. Apa faedah prepaid card bigpay ini. Saya dapati antara kelebihannya adalah 1. Tiada lagi caj perkhidmatan semasa beli tiket Airasia.malah mendapat diskaun lagi untuk tambahan makanan di dalam penerbangan 2. Jika membeli belah di luar negara, tiada cas tambahan yang dikenakan. Hanya betul-betul pertukaran mata wang saja. 3. Pengeluaran duit di ATM seluruh dunia pada kadar RM10.00 bagi setiap pengeluaran. Jika ada ahli keluar...