Tuan Guru Nik Aziz
Hari ni sempat ke Indah Permai tukar tayar. Tengah tengah borak dengan owner kedai tayar, anak owner kedai tegur . "PAS ke bang?.mungkin sebab nampak kain rentang di bahagian depan kereta.( panggil aku abg wlpun aku muda 6 tahun dari dia😂) yer bos, Parti PAS. Boleh saya pinjam kain PAS tak, mau bergambar sekejap. Okay ambillah. Tapi saya mahu ambil gambar kamu juga untuk saya tunjuk dengan kawan saya. " owner kedai ni berasal dari Pakistan (ayah kpd org dlm gambar), ada di Malaysia sejak tahun 1989. Selangor menjadi negeri pertama dia sampai. Selama hampir 25 tahun di selangor baru pindah Sabah. Sangat mengkagumi Tuan Guru Nik Aziz. Selalu dengar cerita tentang Tuan Guru dari kawan pakistannya yg lain. Menyebabkan pada tahun 1993 dia nekad ke Kelantan berjumpa dengan TG Nik Aziz dan sempat bermalam di rumah kayu usang Tuan Guru. Inilah Tuan Guru, auranya bukan shja setakat di kalangan org2 melayu, Malah seluruh dunia mengkagumi beliau. Mulia kita kerana Islam...